AKU! (^_-)

AKU,...

Dilahirkan disebuah negeri yang terletak di ufuk timur di malaysia yang diberi nama TERENGGANU. tanggal 11.11.1990 tepat jam 1.04 pagi pada pagi yang agak sejuk (xde la macam peti sejuk),.. Bertempat di rumah Tok (nenek),... aku selamat dilahirkan... BUKIT BESI, tempat dimana aku pertama kali melihat dunia yang tersegam indah dek ciptaan tuhan yang maha ESA. 

"Negeri Penyu Bertelor"


Pendidikan awal di Tadika KEMAS kampung besol baru, aku seorang budak yg tersangat aktif yg baru belajar tulis baca, pernah beberapa kali menyertai pertandingan reka cipta peringkat daerah dan negeri dengan mewakili Tadika kampung ku,.. Jan 1997, aku mendapat pendidikan seterusnya di SK BUKIT BESI yang jaraknya cuma lebih kurang 700 meter dri rumah. Berada dalam kelas pertama selalu membuatkan diriku terasa asing kerana ketidakpandaian aku dan status aku sebagai anak pengembala kambing. terasa diri agak kerdil menyelami kehidupan di alam sekolah rendah yang mencari ilmu.. mempunyai darah gemuruh bila kehadapan, bercakap dihadapan,.. aku merasai bagaimana takutnya untuk bercakap apatah lagi di atas pentas. Muka yang cepat merah apabila terasa dan gemuruh membuatkan aku lebih menyendiri. walaupun begitu,AKU TETAP BANGGA BELAJAR DI SINI!


Tempat pertama aku belajar tulis baca


EMAK...
pernah sebelum ini bekerja sebagai penjual nasi lemak pada zaman 80 an, menjadi ibu yang sangat penyayang bagi diriku. dengan jerih payah membesarkan aku dengan masakannya yang ENAK. mengajar aku menjadi anak yang taat pada ibu bapa. Selalu memarahi aku disaat aku melakukan kesilapan agar aku ingat dan amal disaat aku berada dimasa hadapan. Emak lah juga yang selalu memberi semangat kpdaku, disaat ak selalu dibuli oleh kawan-kawan dengan mengejek ku pengembala kambing. Bukan kah nabi Muhammad juga pengembala kambing? berbangga lah anakku, kerana kita juga mengikuti apa yang telah nabi lakukan semasa beliau masih hidup. EMAK,AKU BANGGA MENJADI ANAK MU!

AYAH,...
Dulunya pernah bekerja membawa van barangan, kehulu kehilir menghantar barang tidak kenal erti lelah semata-mata untuk keluarga. Pernah mengembala kambing disaat aku berada dialam sekolah rendah supaya menjadi sumber pendapatan keluargaku. Ayah jgak pernah bekerja di negeri orang, mencari pekerjaan di saat ekonomi merosot. dan akhirnya bekerja di kampung halaman sebagai pelombong bijih besi di bukit besi. AYAH, AKU BANGGA MENJADI ANAKMU!

Lencana SMKPP


SMK PADANG PULUT,.. sekolah menengah yang dulunya dalam hatiku terdetik mengatakan yang aku tak kan ke sekolah ini! akhirnya menjadi sekolah kebanggaan ku sehingga kini. Sekolah yang selalu berada dalam ranking tercorot inilah yang mengajar aku erti sebuah kehidupan. Disaat aku dimasukkan ke Asrama, kenangan manis, suka duka aku rasai. rotan dek lambat ke surau pun pernah dirasai. disaat ini semua adalah gula. Waktu inilah aku gembira menikmati kehidupan disekolah bersama kawan2 menimba ilmu. AKU, bercita - cita ingin menjadi seorang guru yang bergelar CIKGU,.. kerana aku merasai bagaimana kesusahan  budak kampung sepertiku yang ingin belajar.,. 2005 aku mengambil PMR dan tidak meminta tawaran dimana-mana dan ingin menyambung disekolah lamaku ini. Disaat melangkah kealam menengah atas, aku telah dilantik menjadi KETUA PENGAWAS SMKPP 2007 yang mana berat bagiku. berpandukan apa yang diajar. ak merasai tugas seorg ketua yang mempunyai tanggung jawab yang patut dipikul utk memastikan pelajar lebih berdisiplin. hmmmmmm. ape ape pun, AKU BANGGA MENJADI PELAJAR SMKPP.

PLKN BERANANG!
Khidmat negara yang menjadi salah satu aktiviti utk remaja seperti aku yang kian meningkat dewasa. Aku belajar bnyak perkara yang bnyak mematangkan aku selain darpada melakukan aktiviti-aktiviti yang agak menarik! disaat ini, aku belajar berkawan di dengan semua bangsa di malaysia. sikap kenegaraan yang dipupuk agar menjadi peneraju bangsa pada masa hadapan. 



Habis PLKN,... 2,3 hari lepas tu.. result SPM keluar.. walaupun xbrape perfect utk dapat sume A.. tp ak dapat gak masuk KMNS (kolej matrikulasi negeri sembilan),.. Sminggu sebelum masuk matrik, sorg cg yang pernah mengajar aku! pernah berkata "kalo nak masuk matric tapi cuma untuk maen-maen,.. baek xyah masuk la~ tersentap hati aku,.. xpercaya cikgu aku cakap macam tu kat aku, sedangkan aku xpernah maen2 masa belajar.. mungkin result spm ak xleh dibanggakan sangat utk sekolah... tp impianku akan ttp ku capai!

MATRIC! 1 tempat belajar yg betul2 tempat yang aku datang nak belajar..pada mulanya terasa asing, tapi walaupun berada jauh di negeri orang, kawan2 aku la yang selalu menjadi peneman selama setahun aku berada di matric nie walaupun berlainan negeri.. sama-sama mencipta ikatan "kawan" dan ...Alhamdulillah.. dgn berkat usaha, doa ibubapa dan jgk pertlongan daripada ilahi,..  akhirnya aku berjaya mendapatkan 3.++ keatas... utk pengetahuan semua,.. KMNS adalah tempat pertama dimana aku menjadi fasilitator,.. mengenal erti apa itu fasilitator? mengapa aku perlu menjadi fasilitator.... AKU BANGGA MENJADI PELAJAR KMNS!



2009,.. akhirnya!
salah satu IMPIANku telah tercapai..,.. dulunya,. cuma coretan karangan diatas kertas mahu menjejakkan kaki kemenara gading,... KINI~ UMP, universiti yang pertama aku jejaki untuk meneruskan cita-citaku yang mengunung tinggi..



Universiti Malaysia Pahang (^_^)v tempat yang membuatkan aku yang kian meningkat dewasa supaya lebih matang memikirkan masa hadapan,.. kini berada pada tahun akhir (tahun 4) yang masih menimba ilmu sebaek mungkin. Pernah merasai tinggal di dalam dan luar kampus, jadi pernah merasai samaada jalan kaki, berbasikal, naek bas, naek motor ataupun naek kereta,.. jd.. memahami perasaan bagaimana erti utk belajar smaada jauh atau dekat.

Belajar dalam jurusan kejuruteraan mekatronik yang mana gabungan 3 jurusan UTAMA di ump iaitu ICT, MEKANIKAL dan ELEKTRIK & ELEKTRONIK.. merasai satu fenomena pada mulanya tidak merasa gah dgn apa yang diambil tapi kini merasakan 1 kelainan apabila memikirkan kebanyakkan machine memerlukan 3 aspek ini untuk berfungsi. 



Memegang jawatan dalam salah satu kelab dibawah nama UMP iaitu kelab IN-SMARTIVE yang kini membuatkan aku merasakan aku perlu mencapai cita-citaku! IN-SMARTIVE! gabungan (Intelligent ~ Smart ~ Creative).. menjadi salah satu nadi dalam UMP dalam bahagian Khidmat komuniti dalam bidang sukarelawan. AKU! yang dulunya anak kampung, yang dulunya selalu dipandang rendah,.. kini insyaALLAH akan memberi sesuatu pada negara dan universiti khususnya..

KINI, minatku pada aktiviti-aktiviti khidmat komuniti kemungkinan ada disalah ertikan oleh segelintir,.. kami,. lakukan bukan kerana DUIT,.. tapi kerna kami PERNAH merasai betapa susahnya untuk meneruskan liku-liku kehidupan untuk mencapai kejayaan. IMPIAN ini, berharap agar dapat melakukan perubahan utk masyarakat pedalaman seprti aku.. yang masih ketinggalan dek dunia IT.. aku yakin dapat membina sebuah syarikat.. yang dapat membatu sedikit sebanyak menaikkan sesuatu dalam industri pendidikan dan kemasyarakan.. INSYAALLAH...tapi, perlunya usaha dan tawakal kepada sang perncipta,. tapi aku ttp akur,.. akan cabaran dihadapan.. dengan memengang kata-kata "orang yang ikhlas akan pekerjaannya, akan dipermudahkan urusannya" akan ku kendong impian ini ke akhir hayat ku... 

Disaat kita bergembira ingatlah yang memerlukan.. ingat "what we give, we will get back more than that!"

No comments:

Post a Comment