Friday 17 August 2012

BALIK KAMPUNG (^_^)v

Hai sume... (^_^)v.. hari nie hari last ramadhan... alhamdulillah... puasa aku penuh gak.. walaupon dalam Li.. btw,.. skrg nie sume org da balik kampung masing2... aku masih di kajang... petang nie insyaALLAH... akan bertolak balik... muka excited giler... serius.. maklumlah,.. aku da 7 bulan lbh xblik rumah.. rindunyer kat mak dan ayah... rindunyer nak salam tangan diorg...

Kenapa aku balik lambat??? hmmm... semalam masih kejer.. adoi,... (T_T) (kuatnyer keje) ... xde la kuat  nie keje,,. tp company cuti hari sabtu... tepaksa la beli tiket lambat.... ape2pon,,.. nak ucap terima kasih kat hafiz awanona~ sbb snggup gi terminal beli tiket den kat pokan seremban...

tiket balik ganu (^_^)


semalam telfon mak... tnyer khabar sume... Alhamdulillah sume shat.. btw,... mak cakp ak macam ayah,.. kuat keje,.. haha~ yeke? xtaw la.. (ak mcm malas je) ayah masih keje hari nie walaupon hari sbtu,.. sehari sebelom raya... tahun nie xsempat gak nak berbuka puasa dgn mak dan ayah.. terasa org laen blh berbuka dgn keluarga... tp ak masih di kajang.. nasib baek ade kengkawan,...blh gak bkak puasa ramai2... tp skrg... suma da blik... tinggal aku je kat rumah nie....

semalam.. sebelom balik keje.. bos ade bg duit raya... hik3.. ($_$) TQ BOSSSSSS!!! dapat gak duit raya tahun nie... tahun lepas xdapat.. (dapat brape tu,.. biar aku je la yg taw).. RM$$.$$... hoho~

Angpau scienscope sdn bhd

skrg... da packing barang... cuma bersendia nak gi kat KTM kajang... perjalanan masih panjang...

Rumah ---> KTM kajang ---> KTM seremban ---> terminal 1 seremban ---> dungun ---> bukit besi ---> rumah

fuhhh.. malam nie tiket naek bas kol 9... berbuka puasa kat terminal la nampak gaya nyer,... ape2pon... aku harap sgt2.. jalan tak jem... kalo jem skalipon... moga selamat sampai ke rumah..tgh2 tulis entry nie terasa plak macam dalam lagu balik kampung...

oooo~ balik kampung... 0oooo~ balik kampung~ hati girang~

..btw,.. aku nak ucapkan..

Selamat Hari raya kat suma umat islam di malaysia... epcially kawan2 yang mengenali aku... moga raya tahun nie bawak sianr baru dalam hidup kita...
~ jangan lupa mintak maaf dgn mak ayah.. dia yg besarkan kita... bile lg nak mntak maaf? umur kita mybe xpanjang... walaupun sepatutnyer.. kita blh je mntak maaf hari2.. tp takot korg segan lak.. (^_^)
~semoga perjalanan korg suma yg macam aku nie... yg masih lg xblik kampung..... selamat sampai.. selamat tiba ke destinasi yang dituju...
~nak mintak maaf kalo ada salah dan silap den pado sumo... harap ekau sumo maafkan den...



~last!!!!!!!
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.... (^_^)

jom layan lagu balik kampung!


Monday 6 August 2012

Dulunya Bukit Besi

Hye Sume (^_^)v Tiba-tiba terdetik rasa macam nak post mengenai SEJARAH BUKIT BESI.. yang dulunyer sgt terkenal dimata dunia... (^_-) dan untuk pengetahuan anda semua,.. perlombongan bijih besi nie masih lg berlaku tetapi agak kureng berbanding dahulu... Ape2pon.. Ayahku bekerja disini.. pencarian rezeki kami disini... Alhamdulillah.. berkat usaha dan doanya.. samapai jugak aku ke Universiti...




Sejarah Bukit Besi
 


Sejarah Bukit Besi bermula semenjak tahun 1930-an dan terkenalnya Bukit Besi di mata dunia adalah kerana tempat perlombongan bijih besi di Bukit Besi dimana sumber bijih-bijih besi asli terdapat di sekitar kawasan-kawasan Bukit Besi. Sejarah bermula apabila syarikat perlombongan bijih besi yang diusahakan oleh warganegara  Jepun telah memulakan aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi semasa Malaya dijajah Jepun.

Hari ini di Bukit Besi, aktiviti perlombongan bijih besi telah bermula semula walaupun tidak sehebat seperti dulu. Kehebatan Jepun menerokai seluruh pelusuk Bukit Besi dengan membina pelbagai kemudahan untuk aktiviti perlombongan masih kekal hingga ke hari ini.

Walaubagaimanapun, kesan-kesan jalan keretapi telah beransur hilang kerana Bukit Besi kini dibangunkan semula untuk penempatan baru serta dilindungi dengan tumbuh-tumbuhan hijau. Kesan-kesan perlombongan serta bangunan-bangunan yang dibina oleh Jepun masih kekal hingga ke hari ini.
Tinggalan Sejarah Bukit Besi yang masih ada








Kronologi Sejarah Bukit Besi


1916 - Ahli Kajibumi Jepun, Mr Kuhara datang ke Dungun membuat Kajian di Chemuak, Hulu Dungun. Hasil kajian menunjukkan wujudnya bijih Besi dalam jumlah yang banyak di kawasan tersebut.

1925 - Syarikat Kuhara Mining Ltd membuka lombong di Machang Setahun

1929 - Kerajaan Terengganu secara rasminya telah mengeluarkan 'Mining Lease' kepada syarikat Kuhara Mining Ltd. Dengan keluasan 1080 ekar.

1930 - Pengurus lombong pertama R . Kunada memulakan tugas dalam bulan April. Jalan kereta api Dungun-Bukit Besi dapat disiapkan di stesen Che Lijah. Beberapa tahun kemudian, berlaku
pemberhentian pekerja kerana kurang permintaan.

1934 - Keadaan pulih semula dan permintaan semakin bertambah. Pekrja yang diberhentikan diambil semula dan pekerja baru ditambah.

1935 - Jumlah penduduk di Bukit Besi meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja).

1936 - sebuah terowong di Bukit Tebuk dapat disiapkan. Tempat memunggah bijih dipindahkan dari Che Lijah ke Nibong.

1938 - Pekerja Cina berhenti kerja beramai-ramai kerana wujudnya sentimen anti-Jepun akibat dari peperangan yang berlaku antara Jepun dan China, mengakibatkan syarikat perlombongan hampir lumpuh. Pekerja baru terpaksa dicari, kebanyakannya diambil terus dari India.

1945 - Berakhirnya perusahaan perlombongan bijih besi oleh NMC pada akhir tahun 1945.

1946-1948 - Tiada aktiviti perlombongan kerana tiada permintaan dan darurat.

1948 - Kerajaan British memutuskan untuk menjual harta lombong Bukit Besi kepada Eastern Mining and Metal Berhad (EMMCO) pada bulan Ogos.

1950 - Kegiatan perlombongan oleh EMMCO dijalankan secara besar-besaran, kesan daripada peperangan dan bertambahnya permintaan dari Jepun.

1.10.1970 - Lembaga Pengarah EMMCO membuat keputusan muktamad untuk menutup lombong bijih besi.
 

 
 


 

(^_^)v Kalo ade sape2 yang berminat untuk melhat tinggalan sejarah nie.. rase2 nyer,.. ada cara untuk melawat.. berhubung la dengn Ketengah BUKIT BESI... sbb kat bukit besi ade galeri sejarah bukit besi... (^_^) xrugi kan kalo kita ambik tahu sejarah.. 

"Sesiapa yang melupakan sejarah pasti mengulanginya” - George Santayana

update! tetiba jumpe plak...

Galeri Sejarah Bukit Besi,
Pejabat KETENGAH,
Bandar Bukit Besi, Dungun,
Terengganu Darul Iman.

Tel : 09-8337217 / 219 Fax : 09-8337217

Waktu Lawatan :
Sabtu-Khamis : 9.00pg -4.00ptg
Jumaat : Tutup
Cuti Umum : Tutup



credit to BUKIT BESI BLOG, ALAMI TERENGGANU 

Thursday 2 August 2012

SCIENSCOPE : Bos belanja makan

BOS BELANJA MAKAN

SELAMAT BERPUASA SEMUA! (^_^)v
Kalo tengok tajuknyer… mesti la pasal makanan.. hmmm.. tp kali nie nak crita pasal BOS kat tmpat Li (Latihan Industri) nie blanje makan kat suma staff2 dia termasuk trainee.. (kami la tu)

Ceritanya bermula……

Sehari sebelum puasa….. tengah2 kami dok asyik wat projek yg baru sampai,.. tiba2 KAK DAYAH (technician executive) ckap “ok! Hari nie kita rehat kol 11.30pg”

Eh? Bkan biasenyer kol 1.00ptg ke rehat…. Dia cakap hari nie.. BOS NAK BLANJA MAKAN… kan esok puasa… (^_^) BOS nak blanje makan PIZZA.. trus ak terimagine pizza mase tu.. haha~ ye la, pagi tu xmakan ape2.. lapar sgt2…
Jadi,.. tepat jam 11.30pagi.. bos trun… kami buat2 fokus kerja… haha~ tibe2.. dia cakap.. “hey! U org taknak berhenti ke? Kalo mcm tu I pergi sorg la~”

Terus je kami berhenti… (padahal dalam hati,.. bila la nak gi makan nie)

Suma skali kami 12 org… jd dok meja yg pling besar la kat tmpat tu… masuk je kat tmpt tu… ak trus chopp tmpat tgh2… (^_^) kalo ak dok sblh bos.. PADAM la… comfirm ak makan skit… jd,.. lepas diorg nie order makanan…. (staff yg order dgn bos).. kami tggu jer makanan smpai.. haha~

Mula2 makan sup… dgn roti ape tah…ak pon xtaw.. pastu… sampai 2 pinggan drumstick ayam(rasa cm pedas2 skit)… ade la dalam 12 ketul… ape lg melantak la… hoho~ tgh2 makan… sampai lg,. 12 ketul chicken wing… trus sambar… perut da lapar… (^_-)
Tgh2 makan…. Tengok fitri… dia dok sblah bos.. malu2 kucing nampaknyer.. haha~ ambik pon skit2… ape2pon….



 Sampai la waktu nak makan pizza… ak ingatkan makan 2 jenis je pizza.. rupa2nyer.. BOS blanje makan 6 pizza yg standard punya tu… ape lg,.. SERRRAAANNNNG!

Dan tgh2 makan.. waiter bawak plak 1 lg pizza… nie paling besar la kot… siap letak dalam dulang lg… (^_^)… makan lg la…

Ape2pon… terima kasih bos!Jom kiye tgok gelagatmmber2 den nie... (^_-)









Kak saloma (makcik da nie) haha~



Haaa~ tambah2!

Kau ade?





My rumate!



AMIR!!!



ERRRBBBBBBB! (kenyang)
(^_^)v